01 September 2010

TAWARAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH!



Prasekolah SK Pangi kini dibuka kepada semua kanak - kanak di sekitar Kunak untuk memohon. Berikut adalah sinopsis ringkas tentang pendidikan Prasekolah.

MATLAMAT

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak - kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membebtuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak - kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menganani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak - kanak berumur empat(4) hingga enam(6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:

i )Membina kecergsan badan,
ii )Mempunyai tubuh badan yang sihat,
iii)Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik,
iv )Mempraktikkan langkah - langkah menjaga keselamatan diri,
v )Menguasai kemahiran motor halusdan asas motor kasar,
vi )Mempunyai kematangan emosi,
vii)Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri,
viii)Berani menyuarakan pandangan dan perasaan,
ix )Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain,
x )Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan,
xi )Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk hubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya,
xii)Mengamalkan nilai murni,
xiii)Mengamalkan nilai - nilai Islam dalm kehidupan seharian.

Kriteria Pemilihan Murid Prasekolah
Berikut pula adalah kriteria kanak - kanak yang layak:
i )Warganegara Malaysia
ii )Berumur 5 dan 5+ tahun
iii)Setiap leas terdiri daripada 25 orang murid
iv )Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga

Kelayakan Pemilihan Murid
i )Lahir pada 2 Januari - 1 Januari tahun berikutnya
ii )Pendapatan dan tanggungan ibu bapa / penjaga
iii)Penduduk setempat
iv )Kanak - kanak berkeperluan khas ke kelas Prasekolah Pendidikan Khas / dibenarkan dengan syarat mendapat sokongan penjaga atau waris

Anda dijemput beramai - ramai untuk mendaftarkan anak, adik atau saudara mara anda yang layak.Pendaftaran dibuka sehingga 30 0KTOBER 2010.Sudi - sudikanlah :p

24 Mac 2010

Kejohanan MSS Zon Kunak 2010


Pasukan Perbarisan Sekolah Kebangsaan Pangi dibawah bimbingan Cikgu Adilah dan Cikgu Ruziah...


kegigihan Cikgu Jasmi bersama atlit-atlit sekolah....


Pada 3, 4 dan 5 Mac 2010, bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, SK Pangi sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila menduduki tempat ketiga kategori sekolah rendah di belakang SK Kampung Selamat dan SK Kunak Jaya, dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Kunak.

Sekolah Kebangsaan Pangi yang terkenal di daerah Kunak dengan sukan sepak takraw dan bola tampar telah berjaya melahirkan beberapa orang atlit yang juga telah terpilih bagi mewakili daerah Kunak ke Kejohanan Olahraga MSS Peringkat Zon Tenggara yang akan di adakan di Kompleks Sukan Tawau pada 5 - 7 April 2010.

Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah terutamanya guru-guru yang bertungkus lumus dalam melatih murid-murid yang berjaya.

17 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah


salah satu sepanduk yang ikut bertanding...

...lagi satu sepanduk yang ikut bertanding..



Pada 12 Mac 2010 bersamaan dengan 26 Rabiul Awal 1431H, Panatia Agama Islam telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Acara tahunan ini yang dirasmikan sepenuhnya oleh Guru Besar encik Jalilul Hadjirol telah diadakan dalam suasana yang cukup memberi makna kepada semua warga muslim Sekolah Kebangsaan Pangi. Beberapa pertandingan sempena sambutan tersebut telahdiadakan. Antaranya ialah Pertandingan Sepanduk ( Antara Kelas ), Pertandingan Mendeklamasi Sajak dan Persembahan serta kuiz. Keadaan tanah yang berlumpur disebabkan oleh hujan pada malam sebelumnya, mengakibatkan perarakan sepanduk terpaksa diadakan di kawasan sekolah sahaja. Walau bagai mana pun, ia berjalan dengan lancar. Selesai sahaja perarakan, acara seterusnya disusuli dengan ceramah oleh ustaz Ashrafudden Ishak dan beberapa pertandingan juga dijalankan.